hari ini kau pergi meninggalkan kami,
diiring lagu yang kami dendangkan,
tanpa mu sunyi la hati yang sentiasa mengharapkan ilmu mu,
tanpa mu siapa la kami dalam mengejar erti kehidupan
guru,
engkau la sahabat
engkau lah pemberi maklumat,
engkaulah penggerak pena dan dakwat,
engkaula pencetus insan yang bermatlamat,
hari ini aq menyaksikan seorang lagi insan yang bergelar guru meninggalkan kami.
meninggalkan bidangnya dengan penuh senyuman dan diiringi pula dengan tangis
dan tawa oleh pelajarnya. AkU mula berpikir sekiranya aq berada di tempat guru itu.
tidak dapat aq bayangkan. sememangnya aq belum cukup mengenali lagi bidang
perguruan ini, tapi tersemat di hati ini untuk memasang azam untuk menjadi guru
yang bukan sekadar atas nama sahaja. tapi seorang guru yang boleh mencurahkan
ilmu yang berguna untuk pelajarnya.
jauh aq merenung tepat ke arah mata guru itu.
satu perasaan yang jarang aq dapat lihat yang terpapar
di muka bersih guru itu.
wajah senyum memendang anak muridnya yang membuat
persembahan khas untuknya.
aq mengerti perasaan itu
satu kepuasan
dan kegembiraan yang tidak terhingga
aq terpikir mengapa aq berada disini
jika satu ketika dahulu aq memang taknak masuk sini
tapi hari ini membuat aq sedar
ada hikmahnya aq disini
kenyataan nya aq adalah seorang bakal guru
guru yang bakal mengajar anak-anak murid ku
aku ingin menjadi guru yang berguna untuk
agama Ku
untuk bangsa
dan
negara.
bagi guru
tiada apa yang mampu menggembirakannya
melainkan melihat murid nya berjaya
liku-liku kehidupan seorang guru
memang mengajar erti kehidupan yang sebenarnya
setiap hari berdepan dengan cabaran
yang akan mematangkan dan mendewasakan diri nya
kepada bakal bakal guru
pasanglah dan betulkan la niat
sebelum anda menjejak kealam perguruan ini
sesungguhnya guru itu adalah satu pekerjaan yang mulia
disisi Allah



No comments:
Post a Comment