Sunday, 31 July 2011

menjadi Fend seketika

 "cukup kenal dengan suasananya. meja berkaki empat lebar dan luas dipenuhi dengan 3 pasang laptop asus, 2 dslr nikon yang baru dibeli dan satu lagi baru berenang di dalam air namun masih berfungsi. turut dihiasi dengan buku calculus for mat engeenering, salah satu subjek engeneering. memang itu dulu cita-cita ku namun track yang aku ambil sekrang jauh dari landasan itu. sehari disitu membawa aku kedunia pelajar U yang sebenar. masing masing dengan karenah sendiri, apa member buat itu juga yg dibuat. radio dipasang kuat tika kereta saga yang cantik dimodifikasi berwarna merah meluncur laju membelah jalan raya. mengenal dunia sahabat yang jauh terleka dengan dunia. tak mengenal haram dan halal, bicara dosa menjadi rutin harian. apa jadi padaku jika terus berada di situ. nafsu dan syaitan tu tak mengenal musuh. asal nama manusia sudah menjadi tujuan untuk digoda. tidak salah enjoy but ada batasnya. at least aq tak pergi jauh seperti mereka, alhamdulilah, namun tidak berdaya untuk membantu mereka. seketika dulu pernah dan hampir. cukup sekali mengenal derita itu, mengenal haram dan halal, tapi diteruskan juga, terbuai dalam cinta dunia, merana akhirnya, kerana firman pencipta itu semuanya benar. jatuh menimpa diri sendiri. masa menjadi pengubatnya, muhasabah pengumpul kekuatan, tuhan juga dicari. sudah terhantuk baru terngadah. merengek dan menangis mohon diberi petunjuk dan keampunan, sedar dari lamunan dan godaan dunia,> kerana kau lalai. kini ku tak mampu berkata apa-apa, kerana ada hikmah disebaliknya, ada hidayah disebalik kegagalan dan kejatuhan mu"

                                                                 -hlovatee-


“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit”. (Q.S.Thahaa:124).

                                                                                                              


        salam ramadahan, bertemu lagi. tekad harus dikuatkan untuk menggapai dan mencapai apa yang dijadikan. ingatan utk diri sendiri dan sahabat2  yang lain.

p/s: >uitm
p/s: sangat indah. tidak dapt digambar dengan kata kata. belum bersua tapi da jatuh cinta. ha2

No comments:

Post a Comment