"Teman"
Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..
Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…
Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…
Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..
No comments:
Post a Comment