Gadisku......sebelum aku menulis perkataan-perkataan seterusnya, sebelum ku bisikkan luahan rasa, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian. Andai apa yang aku tulis menyentuh hati dan perasaan kalian, maafkan aku.
Gadisku.... kau dijadikan oleh Allah dengan anggota tubuh yang sempurna. Rambut yang bersinar ikal mayang, hidungmu yang mancung, bibirmu yang kemerah-merahan, raut wajahmu yang lembut lagi ayu, anggota badanmu yang tiada cacat celanya. Cukup dan lengkap. Syukur alhamdulillah gadisku.
Gadisku... mengertilah... sebagai tugu pertahanan dalam jiwa, lebih sopan dan cantiknya jika rambutmu yang ikal mayang itu ditutupi dengan sehelai kain tudung. Alangkah manisnya jika bibirmu diamalkan dengan perkataan-perkataan yang suci, zikirrullah. Alangkah indahnya jika raut wajahmu yang ayu itu, dibasahi dengan air mata keinsafan... dipancari dengan cahaya nur, dihiasi dengan senyuman ikhlas.. alangkah baiknya...
Gadisku... kau adalah insan istimewa. Itu adalah hakikat yang tersurat dan yang sebenar-benarnya. Ketahuilah gadisku... kecantikan bukanlah segala-galanya, kecantikan bukanlah perbezaan antara manusia. Kerna... semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan sesama manusia hanyalah amal ibadat, bekal ke alam lain selepas mati.
Gadisku... mahkota kewanitaan adalah penting bagimu. Auratmu adalah pelindung dirimu. Percayalah, batas-batas yang Allah berikan kepadamu sebagai seorang wanita, ada hikmah yang tersembunyi.
Gadisku... janganlah kau riak dengan segala kelebihan yang kau miliki. Semua itu hanyalah pinjaman belaka, hanya sementara sahaja...
Gadisku.. sekali lagi aku memohon maaf. Sesungguhnya hanya kita sesama Islam yang layak dinasihatkan dan menasihati demi kebaikan kita bersama. Jadikanlah pengajaran dan sempadan, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Mati tidak mengenal usia. Semoga Allah membuka hati dan pintu keinsafan buat kita semua..
credit to syaz97-sy
credit to syaz97-sy
gadisku, jadilah seperti bunga yang sentiasa harum disetiap masa yang menjadi rebutan
setiap insan
sentiasa dicintai namun kekal mencintai Allah
tidak goyah dek cinta dunia
gadisku, ketahuilah
bahwa kamu adalah istimewa jika kamu memilih apa yang sepatutnya untuk dirimmu
kerana yang istimewa itu datangnya dari anugerah ilahi
^^
No comments:
Post a Comment