Saturday, 1 October 2011

disisi MU: Permata Tak Ternilai

                        gelap menyapu seluruh pandangannya. siling menjadi yg menjadi awan pada wktu malam ditatap rapi."huhhhhhhhhhhhhhhhh" keluhan panjang dihembus memecah kesunyian malam. lantas badan digagahkan untuk berdiri. kaki dederap menuju ke meja studi dan lantas lampu meja dibuka, keadaan bilik menjadi samar samar kekuningan. badan direhatkan diatas kerusi. untuk seketika kepala ditoleh kebelakang melihat teman sebiliknya lena di  atas katil.


                       PANDANGAN di arah semula ke arah depan meja. laptop yang terletak rapi di depannya dibuka. sejurus lepas itu gambar wallpaper laptop muncul di hadapan skrin laptopnya. tersenyum sendiri bagai orang gila. lama dia berfikirr dan merenung,,,,,,,,,,,

                     " tetttt". i new message, ym nya berbunyi menandakan ada pesanan baru yang masuk.
kursor tetikus digerakkan pelahan2 menekan butang baca. setelah habis membacanya, lantas bibir nya melafaskan beberapa bait perkataan.

"apa yang aku lakukan"

"ap yang aku telah tinggalkan"

"apa yang sebenarnya aku perlukan"

"dan apa nilai aku disisi Nya"

                          " tettt" i new mwssage. ym berbunyi, satu lagi pesanan masuk kedalam inboxnya. kali ini dia tak dapat ditahan lagi. air mata semalam muncul kembali menyapa pipinya,di biarkan menghujani mukanya.

                        dalam satu malam sahaja hatinya keras menjadi lembut disapa hidayah Allah

                       dalam satu malam rutin hariannya berubah 360 darjah kearah penciptaNya

                       dalam satu malam membuatkan dahinya tunduk menyentuh tikar sejadah yang lama di tinggalkan


                                                     ini lah destinasi cinta ku


Menyingkap tirai hati

Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan



Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi



Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


sejarah berulang menandakan aku masih di tempat yang sama, masih dikongkong oleh nafsu, masih leka dalam meniti kehidupan yang sebenarnya. mana janji aku yang dahulu, sama sama berusaha menggapai redanya. di jalan yang penuh likunya, bersama angkatan kecil yang bisa menjadi besar bila2 masa,

updated: idris, haziq, zubair, hakim, azlan, mus'ab

semuanya mambawa haluan masing2 di pentas pendidikan dalam rangka mencari redaNya,


tapi dia, jatuh tersungkur dek keindahan dunia ,padahal dia tahu, dunia itu sifatnya melekakan

air mata semalam datang bertandang menyapa lembut pipinya, memberi sentuhan di jiwa, menyedarkan dirinya

"kau kenapa ne nangis malam2 ne. rindu sangat dengan rumah ka"?

tegur sahabatnya yang lena td menyedarkan dari pengambaraan hatinya, dalam tangis dia tersenyum, lalu berkata.


sudah lama aku tak keluarkan permata ne, aku rindu rumah kat akhirat nanti, mana tahu aku mati sekejap lagi, air mata ne penyelamat aku dri kepanasan neraka.

permata yang tak ternilai disisi Nya., 

"faris, kau da insaf dan sedar ka"? tanya kawannya.....


aku tak tahu la, tapi mungkin ini masanya.. bila lagi kan, aku taku tak sempat, dan aku taku akan Dia.

Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.

tidak seindah dahulu walupun perjalanan yang sama akhi, syukran semuanya, perjalanan yang diburu itu mustahil tanpa mujahadah yang jitu, bila tersungkur dek nafsu yang membara mmg susah. namun hidayah Allah tidak mengenal hambanya. harus sentiasa berdoa padaNya.

tidak seindah dahulu walaupun perjalanan yang sama akhi, seorang demi seorang ikhwah gugur di medan jihad, untuk apa? untuk apa yang kau ada sekarang. islam yang suci. jangan dibiarkan kabut dosa mengeliling hidupmu, tidak salah kau bangkit dari kejatuhan kerana terdapat hidayah dan rahmat pencipta disana.

tidak seindah dahulu walaupun perjalanan yang sama akhi. airmata mu bernilai disis Allah jika ia adalah untuk Nya, kerana ia juga penyelamat diri mu, belum terlambat untuk berubah. tinggalkan apa yang septutnya, dan kembali kejalan yang sepatutnya. fikirkan,.......


ampunkan dosa2 ku ya Allah


p/s: copy paste and credit to akhi idris .  klik la uaasis


No comments:

Post a Comment